11 October 2011

Minggu Ketiga

Tugasan untuk minggu ini adalah berkaitan Course/Learning Management System (C/LMS).(C/LMS) sangat berkait rapat dengan saya dan pelajar UKM Bangi dimana ia berkaitan dengan SPIN Bangi. Spin Bangi telah mengaplikasikan sistem ini bagi memudahkan sistem pembelajaran.Di dalam Spin Bangi ini saya boleh memuat turun nota kuliah, soalan tutorials,kuiz dan sebagainya sebagai medium pembelajaran. Selain itu Spin juga memudahkan kita berkomunikasi bersama pensyarah di mana ia terdapat aplikasi Chat di mana saya boleh terus bersembang secara online tanpa perlu bersemuka. (C/LMS) ini juga sangat membantu pensyarah untuk mengawal dan memantau tugasan yang telah diberikan kepada pelajar dengan cara melawati Spin Bangi.

Apabila selesai membuat laporan, saya dan pasangan kerja perlu memasukkan laporan ini ke dalam Yahoo Group sendiri, Facebook Group dan juga di dalam Google Doc dan akhir sekali dia dalam blog.

Berikut adalah laporan penuh mengenai tugasan untuk minggu ini.

Course/Learning Management System (C/LMS)

Apakah maksud C/LMS ?
C/LMS ialah sistem pembelajaran di mana coordinator dapat mengetahui akan kemajuan seseorang pelajar dalam pembelajarannya. Sistem ini boleh digunakan untuk mengawal, berkongsi, dan mengetahui maklumat secara maya.
Sebagai contoh, pembelajaran bagi Kursus Komputer dalam Pendidikan telah mengaplikasikan C/LMS di mana SPIN dan SPM web digunakan oleh pensyarah untuk memuat turun nota kuliah, soalan tutorial, kuiz dan lain-lain maklumat sebagai rujukan para pelajar.

Kenapakah C/LMS digunakan ?
Disebabkan era teknologi semakin berkembang pesat, C/LMS dapat mendorong para pelajar khususnya golongan pendidik untuk meneroka dan mengkaji kelebihan yang tedapat dalam web. Dengan demikian, pelajar tidak akan ketinggalan. Selain itu, proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dengan menggunakan C/LMS. Hal ini kerana, ia memudahkan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar tanpa sempadan. C/LMS juga menggalakkan lagi para pelajar dan pensyarah berkongsi pandangan serta idea dalam melaksanakan tugasan.

Dimanakah C/LMS digunakan ?
C/LMS digunakan di institut pendidikan negara seperti IPTA, IPTS, IPG, dan sekolah-sekolah. Sistem ini lazimnya dipraktikkan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas mahupun di dewan kuliah.

Siapakah yang menggunakan C/LMS ?
Kebanyakkannya C/LMS digunakan dalam sistem pendidikan khususnya golongan pendidik misalnya pensyarah dan guru. Para pelajar juga terlibat secara tidak langsung kerana sistem ini merupakan “student and lecturer centered”. Dalam SPIN yang digunakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar dan pensyarah mengunakan system ini untuk sesi pembelajaran.Untuk mengunakannya, pelajar hanya perlu memasukkan nombor matrik dan kata laluan yang dihantar melalui email.

Bilakah C/LMS digunakan ?
C/LMS mula meluas ke sokolah-sekolah pada bulan Julai tahun 2008. Mulai tahun 2011, C/LMS akan diperluaskan ke 70 buah sekolah lagi.

Bagaimanakah C/LMS digunakan ?
Sekiranya ingin mengakses menggunak sistem ini, pengguna haruslah mendaftar untuk mendapatkan katalaluan. Apabila selesai, pengguna bolehlah mendapatkan maklumat dengan meneroka apa yang terdapat dalam sistem ini.
Sebagai contoh, Spin Bangi yang digunakan oleh pelajar UKM Bangi. Di sini, pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan kuliah, atau tutorial terus daripada pensyarah tanpa perlu berjumpa secara individu atau berkelompok.Pelajar hanya perlu klik pada view course dan klik pada course profile. Untuk mendapatkan sebarang berita baru yang disampaikan oleh pensyarah, pelajar perlu ke course info dimana semua pemberitahuan akan dipamerkan di situ. Untuk mendapatkan maklumat seperti struktur kursus,nota-nota kuliah dan maklumat lain, pelajar perlu ke course outline. Di situ, pensyarah akan memasukkan semua bahan pembelajaran. Bagi kursus yang mempunyai kelas tutor, pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai kelas tutor pada bahagian tutorials. Selain itu, C/LMS merupakan satu sistem aplikasi yang membolehkan bahan resos pembelajaran berasaskan web digunakan dalam proses P&P secara lebih berkesan di mana C/LMS digunakan untuk melancarkan e-Bahan, mengesan pencapaian murid, dan mengesan status penggunaan pengguna.

Kelebihan menggunakan C/LMS

1. Untuk mengawal persekitaran pembelajaran yang konsisten

2. Untuk mengesan dan melapor akan progress seseorang individu kepada penyelaras.

3. Untuk mengekalkan hubungan komunikasi antara pensyarah dan pelajar.

4. Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kursus dengan pantas.

5. Mudah untuk mendapat nota kursus, soalan tutorial terus daripada pensyarah dengan memuat turun fail.


Open Source Software.


  • E-Tutor
  • Interact
  • Internet Course reader
  • Spin


Rujukan :

No comments:

Post a Comment