11 October 2011

Minggu Keempat

Pada minggu keempat, saya dan pasangan kerja telah memilih tajuk tugasan iaitu Web 2.0 in education . Kami telah melakukan perbincangan secara online dan juga secara bersemuka.
Semasa perbincangan kami telah bertukar-tukar idea dan mengaplikasikan THINK,PAIR,SHARE.

Melalui perbincangan,sedikit sebanyak saya telah memperoleh ilmu pengetahuan mengenai tajuk ini. Sebelum ini saya tidak didedahkan dengan begitu meluas mengenai Web 2.0 in education ini. Selepas melakukan perbincangkan dengan pasangan kerja, barulah saya tahu yang Web 2.0 in education telah lama diaplikasikan oleh golongan pendidik dan juga golongn seperti saya sendiri iaitu pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPTA). Sebenarnya Web 2.0 ini adalah tarnsformasi dari Web 1.0 yang mana lebih bersifat statik. Jadi Web 2.0 ini membolehkan kita bersosial dalam kumpulan yang besar tanpa batasan. Cetusan terbesar yang telah dihasilkan oleh Web 2.0 ialah Facebook yang kita guna sekarang ini.

Setelah selesai membuat perbincangan di dalam Facebook Group ,saya dan pasangan bersama-sama membuat laporan mengenai tajuk kami selengkapnya. Kami banyak membuat rujukan dia laman web ni http://www.jisc.ac.uk/media/documents/techwatch/tsw0701b.pdf

Berikut adalah laporan penuh hasil kerja saya dan pasangan untuk kali ini yang bertajuk Web 2.0 in education. Diharap saudara dan saudari mengikuti dan memberi maklum balas sekiranya maklumat yang kami peroleh terdapat kekurangan mahupun kesalahan.



Web 2.0 In Education

Apakah maksud Web 2.0 in Education ?
Apa yang dimaksudkan dengan Web 2.0 in Education ialah laman web yang membolehkan pengguna berkongsi maklumat dengan menyebarkan berita dan idea dari sumber yang boleh dipercayai.

Kenapakah Web 2.0 in Education digunakan ?
Web 2.0 in Education sangat penting dalam pembelajaran kerana ia memberi focus kepada pencarian dan pengumpulan bahan dalam masa yang singkat. Di samping itu, penggunaan Web in Education dapat menjimatkan masa dan tenaga di mana seseorang tidak perlu bergerak ke merata tempat seperti perpustakaan mahupun gedung ilmu untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, penggunaan Web 2.0 in Education membawa aplikasi dan perkhidmatan terbaru dalam teknologi ini yang membolehkan perbincangan dapat disebarkan tanpa sempadan. Tidak dapat dinafikan, penggunaan Web 2.0 in Education dapat mengubah cara seseorang itu berkomunikasi. Misalnya walaupun seseorang itu pendiam namua dia dapat turut serta bersosial dengan mengguna teknologi ini. Antara rangkaian sosial yang popular ialah Facebook, Twitter. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat sikap CEO Facebook itu sendiri, Mark Zuckerberg seorang yang pendiam.

Dimanakah Web 2.0 In Education digunakan ?
Web 2.0 In Education telah mendapat tempat di luar negara lagi sejak ia ditubuhkan. Kemudian web ini telah tersebar ke negara kita dengan pantasnya. Hal ni kerana Web In Education banyak digunakan di Institut Pendidikan misalnya di IPTA, IPTS, IPG dan di sekolah-sekolah. Guru mengambil langkah alternatif dengan manggunakan web ini di dalam kelas kerana ia boleh diakses secara percuma untuk mendapat maklumat yang diingini.

Siapakah yang menubuhkan Web 2.0 in Education ?
Web sebenarnya telah lama ditubuhkan oleh Sir Tin Bernes Le. Beliau telah mencipta Web 1.0 di mana web ini terdapat kekurangan. Justeru itu, perkembangan teknologi yang semakin pesat ini telah mendorong Sir Tin Bernes Lee untuk menambahbaikan system web dengan menubuhkan Web 2.0.

Bagaimanakah Web 2.0 in Education berfungsi ?
Web in Education merupakan perkhidmatan yang menggunakan rangkaian teknologi yang mendokong rangkain Internet dan Web. Walaupun terdapat aplikasi yang lain namun aplikasi yang lama tetap menjadi pilihan orang ramai dalam membuat perbincangan. Antaranya termasuklah aplikasi blog, wiki, podcast. Selain itu, rangkaian social seperti Facebook, Twitter, Flick.
Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai :

a) Blog – tempat berkarya dengan berkongsi pengalaman dan pandangan antara pemilik blog dengan masyarakat luar di mana pemilik blog berkuasa mutlak dalam mengendalikan blognya. Sebagai contoh, penyedia laman blog yang Berjaya dengan himpuan berjuta penulis blog dari serata dunia ialah www.blogger.com dan www.wordpress.com. Golongan pendidikan sendiri menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dan bahan-bahan rujukan dalam sessi pembelajaran.
b) Facebook – Cetusan hebat untuk Wen 2.0. Facebook berkembang pesat sebagai satu medium komunikasi popular yang membentuk komuniti maya berskala besar yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg. Laman social Facebook (www.facebook.com) ini membenarkan perkongsian maklumat peribadi, minat, gambar dan idea antara satu sama lain.

Ini jelas dilihat apabila ramai kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang menggunakan Facebook dan Blog sebagai salah satu kaedah pembelajaran maya secara berkumpulan. Sebagai contoh, perbincangan boleh dibuat antara pensyarah mahupun rakan-rakan di Facebook group. Dengan demikian ia dapat memudahkan cara penyampaian dan penyebaran ilmu.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment