25 December 2011

Minggu 14

Assalamualaikum semua,

Pada minggu terakhir kuliah ini, tugasan yang perlu dibuat ialah Database atau diapnggil Sistem Maklumat Pelajar. Database yang perlu kami sediakan adalah yang paling simple dimana ia mesti boleh, edit, copy dan report. Database boleh dibuat di dalam Micsosoft Access dan Openoffice Database. Pada kali ini, saya telah mencuba di Openoffice kerana ia lebih mudah.

Langkah-langkah membuat Database :
  1.  
 
Buka Openoffice Database  > select database (create a new database) > save and proceed > finish > save new database 


2.

     

    Klik table > create table in design view > isi maklumat untuk pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum


    3. Setkan satu item sebagai primary key, contoh : no matrik


    4. Keduanya, saya perlu membuat relationships antara 4 table iaitu pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum.

    5. klik tools > relationship > pindahkan data mengikut turutan > hubungkan table primary key dengan garisan




    6. Ketiganya, saya perlu membuat form untuk pelajar, keluarga, kurikulum dan kokurikulum. Form ini bertujuan untuk mengisi maklumat-maklumat mengikut item.

    7. Klik use wizard to create form > arrange control untuk memilih form yang sesuai > apply styles untuk memilih warna yang sesuai


    8. Seterusnya ialah lengkapkan queries.

    9. klik use wizard to create query > pindahkan kesemua data > klik finish > ulangi untuk kesemua table





    10. Akhir sekali, perlu siapkan report

    11. Klik use wizard to create report > choose layout untuk tukar background > finish




    Setelah selesai kesemua assignment untuk semester ini, saya dan pasangan perlu burn powerpoint di dalam cd.

      Minggu 13

      Assalamualaikum semua,

      Pada dua minggu terakhir kuliah ini, saya mempelajari mengenai spreadsheet. Tugasan yang diberi dan perlu dilaksanakan ialah membuat belanjawan peribadi bagi tahun 2012 dan memasukkan gred pelajar berserta graf dan analisis.

      Tugasan ini dibuat di dalam Openoffice Calc yang membolehkan merancang, mereka, dan mengedit belanjawan peribadi. Ini merupakan kemahiran asas untuk menjadi guru. Kemahiran ini sangat berguna apabila guru mahu mengira markah, menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas. Tugasan ini dibuat di dalam Microsoft Excel.

      Belanjawan 2012


      Langkah-langkahnya ialah :
      • buka openoffice > isi ruangan pertama dengan item seperti tarikh, makanan, pakaian dan etc > rename sheet dengan mengikut bulan.


      • isikan kesemua column dengan data belajawan 2012.
      • Seterusnya, bagi menyeragamkan kesemua titik perpuluhan saya hanya perlu klik :


      • Untuk mengira jumlah belanja pada hari pertama, bulan pertama dan seterusnya, saya perlu klik pasa simbol "sum" . Contohnya seperti :



      • Sebelum itu, formula perlu dimasukkan misalnya untuk mengira jumlah belanja b2+c2+d2 pastu klik 'sum'. Pengiraan akan dilakukan secara automatik.

      • Untuk mengisi column baki pula ialah baki bulan lepas + jumlah pendapatan - jumlah perbelanjaan dengan cara klik (=). Isi formula untuk mengira baki

      • Bagi bulan seterusnya, saya hanya perlu copy and paste supaya ia lebih menyenangkan.

      • Ini merupakan belanjawan peribadi 2012 :





      Markah Pelajar

      Tugasan kali ini dibuat bagi menyenangkan bakal guru supaya berkemahiran dalam key in markah pelajar. Markah pelajar ini dihasilkan di dalam Microsoft Excell.

      Ini merupakan markah pelajar kumpulan saya :

      • masukkan nama, senarai mata pelajaran, gred ke dalam kolum
      • untuk menentukan gred pelajar : highlight nama pelajar > klik formula > define name > ok
      • untuk pengiraan skor dan gred : klik fx > vlookup > ok > isi table

        Vlookup_value > klik markah
        table_array > taip nama define name
        index _num > 2
        range_lookup > taip true

      • untuk average : tekan = dan taip average > highlinght kesemua markah dam enter
      • Untuk sisipan piawaian : tekan = dan taip STDEV > follow average
      • Untuk markah tertinggi : tekan = dan taip MAX > follow average
      • Untuk markah terendah : tekan = dan taip MIN > follow average
      Akhir sekali, klik insert graph untuk display result markah pelaja.


      Sekian tugasan pada minggu ini



      24 December 2011

      Minggu 11 & 12

      Assalamualaikun dan salam sejahtera,


      Pada minggu ini, tugasan yang perlu saya laksanakan ialah mengenai Presentation skills dan Impress. Presentation yang dibuat adalah mengenai mini research yang mengandungi soalan-soalan soal selidik yang lepas. Pada akhir kelas ini, saya perlu menyiapkan tiga jenis presentation. Antaranya ialah :

      • Online Presentation on ( Google Presentation )
      • Impress
      • Powerpoint

      Sebelum itu, saya juga perlu mengetahui tentang multimedia element untuk edit grahic/image ( edit in GIMP) , audio (record dan edit using audacity )

      GIMP
      • is an acronym for GNU Image Manipulation Program.
      • freely distribute program for tasks as photo retouching, image composition and image authoring
      • can be used as a simple paint program, an expert quality photo retouching program, an on-line batch processing system, a mass production image renderer, an image format converter, and etc

      Audacity 
      • easy to use audio editor and recorder for Windows, Mac OS X, GNU/Linux, and other operating system.
      • can use to record live audio, convert tapes and records into digital recording, edit Ogg Vorbis, MP3, and WAV sound files, cut/copy/splice/mix sound together, change the speed or pitch of a recording.


      Online presentation

      Langkah-langkahnya adalah :
      • Perlu sign up google account
      • Klik di document
      • Klik di presentation


      • Di dalam online presentation saya dan pasangan telah memasukkan sedikit maklumat mengenai tajuk kami
      • Ini adalah hasil online presentation kumpulan saya



      OpenOffice. Org Impress

      Langkah-langkah untuk menghasilkan impress ialah :
      • Buka Openoffice. org impress
      • Pilih jenis background yang disukai, klik master page untuk keseluruhan page menggunakan backgrond yang sama.
      • Presentation melalui impress dilengkapkan dengan hasil kajian mengenai mini reseach yang terdahulu iaitu Web 2.0 dalam Pendidikan.
      • Pada akhir, custom animation boleh ditambah ke dalam slide supaya presentation menjadi lebih menarik.



      Minggu 9 & 10

      Assalamualaikum,

      Pada minggu ini, saya diberi tugasan mengenai 2D Graphic Editing Software. Pada akhir tugasan, saya perlu menghasilkan satu brosur dan satu booklet yang berkaitan dengan tajuk tugasan mini research iaitu Web 2.0 dalam Pendidikan. Dengan itu, saya perlu meneroka dan mengetahui kesemua maklumat mengenai graphic dan multimedia terlebih dahulu.

      1) Apakah yang dimaksudkan dengan  :

      Bitmap - Gambar bitmap adalah sebuah struktur data yang mewakili susunan pixel warna yang ditampilkan pada layar monitor, kertas atau media tampilan lainnya.Secara teknik dambar bitmap digambarkan dengan lebar dan tinggi dalam piksel dan angka bit per piksel..


      Karakteristik gambar bitmap ialah :
      • Tersusun oleh titik-titik warna (pixels)
      • Mempunyai tingkat ketajaman tertentu (resolusi)
      • Jika diperbesar skala tertentu, biasanya gambarnya akan pecah (jagged)
      • Diperoleh dari hasil scanner, camera digital, video capture
      • Disimpan oleh format file JPEG, BMP, PNG, GIF, EPS
      • Diolah menggunakan aplikasi Adobe Photoshop / Corel Photo Paint
      • Tidak memungkinkan untuk ditukar menjadi gambar vector



      Vector - Gambar digital yang berbasiskan persamaan matematik. Gambar vektor terdiri dari penggabungan koordinat-koordinat titik menjadi garis atau kurva untuk kemudian menjadi sebuah objek, sehingga gambar tidak menjadi pecah walaupon diperbesar atau diperkecil. Gambar vektor umumnya lebih kecil berbanding dengan gambar bitmap. Format gambar vektor di antaranya SVG, EPS dan CDR.

      Karakteristik gambar vector :
      • Tersusun oleh titik-titik dan garis dengan penyusun objek iaitu koordinat, tebal-tipis outline, dan warna isi
      • Resolusi bebas ( ketajamannya tidak tergantung pixel )
      • Jika diperbesar, kualiti ketajaman objek tidak menurun
      • Dibuat mengguna aplikasi Adobe Illustrator, Freehand, Corel Draw, Autocad
      • Disimpan dalam format file CDR, EPS, SVG
      • Boleh ditukar menjadi gambar bitmap


        Perbezaan antara gambar bitmap dan vector



      2) Apakah yang dimaksudkan dengan Graphic Image File Format :

      • JPEG ( Joint Photographic Expert Group )

        a)  Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah       keadaan.
        b)  JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF
        c)  Menghasilkan fail grafik yang lebih kecil saiznya dan padat berbanding GIF.
        d)  Kegunaan utama adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar
        e)  JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi ( sehingga 16.7 juta warna )
        f)  Tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
      • GIF ( Graphic Interchange Format )

        a)  menggunakan kaedah pemadatan alogritma
        b) dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe
        c) GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.
        d)  menggunakan format grafik 8 bit ; mampu memaparkan imej sehingga 256 warna
        e)  imej agak kecil ; tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi
        f)  tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.
      • TIFF ( Tagged Image File Format )

        a)  dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986
        b)  tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan dari pengimbas imej ( scanner ), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik.
        c)  diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.
      • BMP ( Bitmap )

        a)  paling lama wujud iaitu sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0
        b)  sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej
        c)  saiz fail yang agak besar
        d)  kebanyakkan perisian yang asas boleh menerima format fail ini.
      • WMF ( Windows Metafile Format )

        a)  digunakan bersama-sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows
        b)  digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya "clipart"
        c)  kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.
      3) Apakah maksud :





      • RGB ( Red, Green, Blue )

        a)  merupakan warna-warna asas yang digunakan dalam LCD, televisyen dan scanner
        b)  tidak boleh digunakan pada printer colour ia menghasilkan warna yang berlainan
        c) mengabaikan warna hitam

      • CYMK ( Cyan, Yellow, Magenta, Black )

        a)  digunakan untuk printing
        b)  mengabaikan warna putih
        c)  menghasilkan warna yang diperlukan
      Setelah mengetahui sedikit sebanyak maklumat mengenai ilmu grafik dan multimedia, tugasan seterusnya ialah membuat brosur dan booklet.

      Langkah-langkah menghasilkan brosur ialah :

      1. Brosur dihasilkan di Microsoft Office Publisher


      3. Memilih layout mengikut cita rasa


      4. Mengisi brosur mengikut maklumat tugasan.

      5. Ini adalah brosur bagi kumpulan saya


      Booklet

      1. Booklet dihasilkan dari Microsoft Office

      2. Ini adalah booklet kumpulan saya.



      23 November 2011

      Minggu Ketujuh & Kelapan

      Salam untuk semua,
      Pada dua minggu ini, tugasan diberikan adalah mengenai SSPS dan membuat laporan dalam format jurnal. Apa itu SSPS ( Statistical Package For Sosial Science ) ? SSPS ialah program yang terdapat di dalam komputer untuk analisis statistik dengan mudah.

      Cara mengisi data ke dalam SSPS :
      • data daripada soalan survey google doc diambil dan dimasukkan ke dalam SSPS.
      • analisis yang lengkap daripada respondens diperlukan.
      • borang soal selidik ditandakan dengan kod supaya ia menjadi lebih sistematik.
      Semua analisis yang diedarkan samaada melalui borang atau secara online dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam SSPS. Kami perlu mengeluarkan persembahan dalam bentuk kuantitatif dan bukannya kualitatif supaya ia lebih jelas. SSPS juga boleh mengeluarkan data daripada respondens dalam bentuk graf, carta pai, jadual dan banyak lagi. Mode, median, average juga boleh dihasilkan secara automatik seperti yang dimahukan.

      Perisian SSPS perlu diinstall ke dalam laptop terlebih dahulu.

      Step 1 : Tekan variable view 
      • Name > isi demografi dan no soalan
      • Type > Numeric ; (Width=8) , (Decimal places=0)
      • Width > 8
      • Label > Salin soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik
      • Value > nyatakan pilihan jawapan dengan 1 @ 2
      • Label > Lelaki @ Perempuan
        contoh ; 1:Lelaki 2:Perempuan
      • Align > left
      • Measure > nominal
      • Role > input
      Step 2 : Tekan pada data view
      • isi setiap kotak dengan jawapan yang telah di jawab oleh respondens.
      Untuk mendapatkan data dalam bentuk graf bar :

      tekan bar graph > pilih graph yang dikehendaki > y-axis ( letak soalan yang dikehendaki untuk dikaitkan dengan graf ).


      Untuk mendapatkan frequency :
      tekan analyze > descriptive statistics > frequencies > variable yang dikehendaki > statistics - quartile > mean/median dll.


      Setelah semua data telah dimasukkan ke dalam SSPS dan graf telah dikeluarkan, laporan format jurnal dihasilkan.
      Antara yang terkandung di dalam laporan ialah :


      • Abstrak
      • Pengenalan
      • Kajian lepas
      • Metod kajian
      • Dapatan kajian
      • Perbincangan
      • Cadangan dan kesimpulan

      21 October 2011

      Minggu Keenam

      Minggu ini iaitu minggu keenam, saya telah banyak mempelajari ilmu komputer dan yang terbaru ini ialah saya belajar untuk membuat questionner secara online di laman web www.surveymonkey.com. Sebelum ini juga saya telah belajar untuk membuat questionner tetapi tidaklah menggunakan Survey Monkey seperti sekarang. Jadi ini merupakan  pengalaman dan pengetahuan yang baru saya belajar. Saya percaya rakan-rakan yang lain juga begitu. Saya dan pasangan kerja iaitu Nur Fatin Fakhriah Binti Othaman telah membuat 10 soaaln melalui Survey Monkey dan juga Google doc.

      Langkah 1 :

      1. Saya perlu Sign up buat pertama kali. Perlu mengisi butiran selengkapnya seperti user name dan password.
      2. Klik Create survey > isi tajuk soalan dan kategori > klik continue
      3. Pilih tema bagi soalan > add question > pilih soalan yang diinginkan > taip soalan dan jawapan
      4. Jika terdapat pembetulan , klik di edit dan membuat pembetulan terhadap soalan yang telah ditaip.
      5. Setelah selesai copy link yang tentera di skrin dan paste di dalam yahoo group dan facebook group supaya rakan-rakan boleh menjawabnya.
      Inilah survey monkey saya.

      Langkah 2 :

      Saya perlu membuat soalan yang sama di dalam Google doc.
      1. Daftar masuk ke Google account > klik document > klik create-form
      2. Tulis tajuk soalan sama seperti di dalam survey monkey di ruangan yang disediakan.Caranya seperti di survey monkey.
      Ini adalah link borang soal selidik bagi kumpulan saya yang bertajuk web 2.0 dalam pendidikan
      Setelah selesai membuat soalan saya telah memasukkan kedua-dua borang soal selidik ini ke dalam Yahoo group GE1155-2011 > Assignment 5 - mini research > Web 2.0 in education.
      Saya berharap borang soal selidik ini dijawab oleh respondens dengan jujur dan dedikasi. Feedback daripada mereka sangat diharapkan.

      Akhir sekali, saya telah mencetak 10 helai borang soal selidik untuk diedarkan kepada rakan-rakan di kampus.

      Ini sahajalah tugasan saya dan pasangan untuk minggu ini.
      Sekian terima kasih .

        Minggu Kelima

        Pada minggu ini, saya dan pasangan kerja iaitu Nur Fatin Fakhriah binti Othaman telah diberi tugasan untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi tentang tajuk tugasan kami iaitu Web 2.0 dalam pendidikan. Kami diberi contoh sumber rujukan yang membolehkan kami untuk merujuk semasa membuat laporan kelak. Selepas berbincang di facebook group pasangan, saya telah menyediakan laporan lengkap mengenai apa yang saya faham dan apakah cadangan yang boleh saya kemukakan supaya pendidikan di Malaysia di naik taraf seperti negara maju yang lain.

        Pertama sekali saya perlu berfikir (  THINK ) dengan membuat penyelidikan secara individu di semua laman web yang telah terdapat di dalam proforma.

         Antara Educational Research yang perlu baca ialah :
        Selain itu, saya juga perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Plagiarism supaya kejadian ini tidak berlaku semasa proses menyiapkan tugasan. Antara laman web yang membolehkan saya untuk meneroka dengan lebih mendalam ialah :
        Bahan rujukan yang telah disediakan ialah http://wwww.ukm.my/library/,  http://www.ezslib.ukm.my/login, http://scholar.google.com.my/ dan http://books.google.com/. Saya dan pasangan kerja ( PAIR ) perlu memilih dua jurnal, satu artikel dan satu rujukan daripada buku.Jurnal Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education dan Web 2.0 and the impact of ICT fuelled participatory culture in rural and remote education (Spera keynote 2009 conference address) telah menjadi rujukan. Bagi artikel pula, What is Web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson manakala rujukan bagi buku pula ialah Educational research and innovation inspired by technology driven by pedagogy.


        Contoh rujukan dari artikel :


        Ini merupakan sedikit perbincangan (SHARE)  di facebook group.


        Melalui perbincangan dan rujukan daripada sumber yang dipercayai, saya percaya bahawa masih ramai orang di luar sana tidak tahu akan lebih mendalam apa itu Web 2.0 dalam pendidikan. Mereka tidak didedahkan dengan sistem ini di institusi pendidikan. Antara puncanya ialah tenaga pengajar khususnya golongan pendidik tidak berminat untuk mengaplikasikan sistem ini di dalam proses pembelajaran. Dengan demikian pelajar juga tidak tahu akan fungsi sistem ini dalam pendidikan. Kawasan yang terpencil juga merupakan salah satu punca penyebaran maklumat mengenai web 2.0 ini tidak dapat disampaikan. Justeru itu, kerajaan perlulah bijak merancang strategi dalam mengaplikasikan sistem Web 2.0 dalam pendidikan di negara kita.

        Seterusnya, ini merupakan laporan lengkap mengenai Web 2.0 dalam pendidikan dan langkah yang sepatutnya diambil di negara supaya sistem pendidikan dapat dipertingkatkan. Laporan ini ditulis dalam open office writer.



        Laporan Web 2.0 dalam pendidikan.
        oleh : Munirah Binti Sobri
        Pengenalan

        Laporan ini dibuat bertujuan untuk memberi sedikit pendapat mengenai web 2.0 dalam pendidikan berdasarkan kajian lepas dan dalam masa yang sama untuk mencadangkan perkara yang perlu di lakukan di Malaysia supaya sistem web 2.0 dalam pendidikan ini mendapat tempat di negara kita. Kemajuan teknologi berkembang seiring dengan arus pemodenan yang serba canggih kini. Tidak ketinggalan juga teknologi web. Walaupun web telah lama wujud namun web telah mengalami transformasi iaitu daripada Web 1.0 seterusya Web 2.0 dan baru-baru ini web 3.0 juga telah wujud. Web 2.0 ini menjadi terkenal semenjak O’Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia menerima pembaharuan teknologi ini secara terbuka khususnya dalam bidang pendidikan negara. Web 2.0 telah banyak diaplikasikan dalam pendidikan negara kita walaupun tidak secara meluas lagi dan hal ini telah memberi impak yang besar. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi apabila kita mengaplikasikan dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah web 2.0 ini dapat memudahkan kita memperolehi maklumat secara maya,bertukar pendapat dengan rakan-rakan, memudahkan aktiviti memuat turun nota kuliah,soalan tutorial, kuiz khususnya bagi pelajar di institusi pendidikan tinggi. Salah satu contoh ialah sistem SPIN yang digunakan di kampus UKM Bangi ini. Web 2.0 juga mempunyai kelebihan seperti Blog, Photo Sharing (flickr), Video Sharing (YouTube), Presentation Sharing (Slideshare.net), Social Networking (facebook, myspace, friendster, linkedIn, etc) dan lain-lain.Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan mendalami web 2.0 dalam pendidikan ini dengan mudah. Justeru itu, pelajar di Malaysia khususnya perlulah didedahkan dengan teknologi ini sejak di bangku sekolah lagi. Guru-guru yang mengajar perlulah menguasai teknologi ini sebelum mengajar. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengikuti perkembangan web 2.0. Seperkara lagi, golongn remaja terlalu didedahkan dengan laman sosial Facebook yang merupakan cetusan hebat bagi web 2.0 ini. Remaja tidak mengambil peluang itu sebagai salah satu bentuk komunikasi yang boleh melakukan perbincangan secara berkumpulan, bertukar pandangan dan lain-lain. Sebaliknya remaja hanya menggunakan Facebook hanya untuk bersosial tanpa memberi manfaaat dari segi pendidikan. Gejala ini perlu dibendung supaya ia tidak memudharatkan.


        Kajian lepas

        Melalui pencarian dan pembacaan di laman web http://www.ukm.my/library/, http://www.ezplib.ukm.my/login untuk rujukan jurnal manakala untuk artikel di http://scholar.google.com.my/ seterusnya rujukan buku di http://books.google.com/. Jurnal Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education dan Web 2.0 and the impact of ICT fuelled participatory culture in rural and remote education (Spera keynote 2009 conference address) telah menjadi rujukan. Bagi artikel pula, What is Web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson manakala rujukan bagi buku pula ialah Educational research and innovation inspired by technology driven by pedagogy. Secara dasarnya, web 1.0 lebih bersifat statik dan berbentuk individu. Manakala web 2.0 lebih bersifat terbuka dan boleh diklafikasikan sebagai ruang untuk bersosial. Namun terdapat sedikit persamaan di mana pengguna boleh berkongsi maklumat dan idea. Inilah yang dikatakan oleh Sendal, Ceccucci dan Pesiak (2008) yang ditulis dia dalam jurnal. Aplikasi yang telah diperbaharui daripada web 1.0 ke web 2.0 ialah Personal websites vs Blog, Britannica online vs Wikipedia, Directories (taxonomy) vs Tagging (folksonomy). Ini merupakan idea asal daripada Lankshear dan Knobel, McLoughlin dan Lee (2008) bagi jurnal. Terdapat beberapa kesan yang telah dibincangkan di dalam jurnal, antara kesan teknologi web 2.0 dalam pendidikan yang agak ketara ialah pelajar di kawasan pendalaman tidak dapat mengikuti dan mendalami sistem ini. Hal ini disebabkan kawasan tempat tinggal yang terpencil. Akibat daripada itu ia mempengaruhi kehidupan dan prestasi akademik mereka. Menurut artikel pula, web 2.0 dalam pendidikan memberi kesan kepada hak cipta bahan maklumat di perpustakaan. Kebiasaanya, pelajar hanya melayari internet untuk mencari sebarang maklumat tidak kira dari sumber yang sah ataupun tidak tanpa pergi ke perpustakaan lagi. Sebagai contoh, Wiki digunakan di Universiti of Arizona’s Learning Technologies Center untuk memberi maklumat pembelajaran khususnya di kawasan pendalaman USA.
        Namun begitu terdapat pelbagai cadangan yang telah diberikan di dalam sumber rujukan ini. Cadangan-cadangan ini boleh diguna pakai di Malaysia sekiranya ia bersesuaian dan menepati kehendak rakyat. Rujukan melalui jurnal, artikel dan buku mempunyai sedikit persamaan iaitu web 2.0 dalam pendidikan perlulah diselaraskan dengan kurikulum dan struktur organisasi di sekolah mahupun di institusi tinggi agar semua pihak memperoleh kebaikannya. Kurikulum di sekolah juga perlulah sentiasa bersifat fleksibel dan bersifat terbuka dalam menerima pembelajaran merangkumi formal ataupun tidak formal. Perkara yang agak penting ialah, guru-guru yang celik teknologi sangatlah diperlukan bagi menggantikan guru-guru lama yang kurang pengalaman dan kurang berminat dalam mengaplikasikan web 2.0 dalam proses pembelajaran mereka. Dengan demikian, pelajar akan bertambah minat terhadap perisian komputer apabila sering didedahkan dengan sistem ini semasa melakukan tugasan di sekolah. Golongan yang mahir juga perlulah mendedahkan kepentingan dan keperluan web 2.0 dalam pendidikan bagi mendokong usaha meluaskan penggunaan sistem ini dalam kehidupan harian sebagai seorang pelajar. Negara pula perlu mengambil inisiatif dalam menyebarkan maklumat kepada komuniti dengan mengadakan seminar ataupun hebahan melalui media massa.

        Kesimpulan.

        Secara kesimpulannya, saya rasa cadangan-cadangan yang diketengahkan di dalam rujukan jurnal, artikel dan buku ini sangat berguna dalam usaha meningkat kegunaan web 2.0 dalam pendidikan di Malaysia. Sebelum pengguna khususnya golongan remaja mahir dalam mengaplikasikan sistem ini, mereka terlebih dahulu perlulah mengetahui asas untuk menggunakan komputer. Hal ini telah dapat dikenalpasti oleh kerajaan kita iaitu dengan memberi sumbangan laptop kepada para pelajar secara percuma dengan pemilihan berdasarkan kriteria tertentu. Perkara yang sama telah dibuktikan oleh Anderson,2009 apabila beliau telah mewujudkan One Laptop Per Child (OLPC) dengan bertujuan meningkatkan penggunaan ICT khususnya dalam bidang pendidikan kepada pelajar yang berada di kawasan pendalaman di negara membangun seperti di Loas. Saya berharap kejadian seperti ini juga dapat direalisasikan di Malaysia. Saya berpendapat jika keadaan sangat terdesak, guru juga patut diberikan sedikit taklimat dan kursus mengenai web 2.0 dalam pendidikan supaya mereka boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran tidak kira di alam maya. Mereka boleh menggunakan blog, Facebook sebagai salah satu cara menarik minat pelajar. Apabila pelajar sudah berminat, maka proses mengaplikasikan sistem web 2.0 dalam pendidikan akan menjadi lebih mudah dan seterusnya dapat menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan individu yang celik IT. Tambahan pula, kemudahan seperti memuat turun nota dan bahan pembelajaran perlulah diperluaskan dengan menggunakan web 2.0 ini. Dengan demikian, pelajar akan meneroka dengan sendirinya untuk mendapatkan kesemua bahan itu, secara tidak langsung mereka akan mengaplikasikan web 2.0 dalam pendidikan. Saya berharap cadangan yang di utarakan di kajian lepas dapat membantu negara dalam menerokai sistem web 2.0 dalam pendidikan ini dengan lebih mendalam lagi. Hal ini kerana kita sepatutnya mengikuti kemudahan teknologi yang sedia ada supaya memudahkan urusan seharian khususnya dalam menimba ilmu pengetahuan.

        Sekian terima kasih.

        Rujukan :