21 October 2011

Minggu Keenam

Minggu ini iaitu minggu keenam, saya telah banyak mempelajari ilmu komputer dan yang terbaru ini ialah saya belajar untuk membuat questionner secara online di laman web www.surveymonkey.com. Sebelum ini juga saya telah belajar untuk membuat questionner tetapi tidaklah menggunakan Survey Monkey seperti sekarang. Jadi ini merupakan  pengalaman dan pengetahuan yang baru saya belajar. Saya percaya rakan-rakan yang lain juga begitu. Saya dan pasangan kerja iaitu Nur Fatin Fakhriah Binti Othaman telah membuat 10 soaaln melalui Survey Monkey dan juga Google doc.

Langkah 1 :

  1. Saya perlu Sign up buat pertama kali. Perlu mengisi butiran selengkapnya seperti user name dan password.
  2. Klik Create survey > isi tajuk soalan dan kategori > klik continue
  3. Pilih tema bagi soalan > add question > pilih soalan yang diinginkan > taip soalan dan jawapan
  4. Jika terdapat pembetulan , klik di edit dan membuat pembetulan terhadap soalan yang telah ditaip.
  5. Setelah selesai copy link yang tentera di skrin dan paste di dalam yahoo group dan facebook group supaya rakan-rakan boleh menjawabnya.
Inilah survey monkey saya.

Langkah 2 :

Saya perlu membuat soalan yang sama di dalam Google doc.
  1. Daftar masuk ke Google account > klik document > klik create-form
  2. Tulis tajuk soalan sama seperti di dalam survey monkey di ruangan yang disediakan.Caranya seperti di survey monkey.
Ini adalah link borang soal selidik bagi kumpulan saya yang bertajuk web 2.0 dalam pendidikan
Setelah selesai membuat soalan saya telah memasukkan kedua-dua borang soal selidik ini ke dalam Yahoo group GE1155-2011 > Assignment 5 - mini research > Web 2.0 in education.
Saya berharap borang soal selidik ini dijawab oleh respondens dengan jujur dan dedikasi. Feedback daripada mereka sangat diharapkan.

Akhir sekali, saya telah mencetak 10 helai borang soal selidik untuk diedarkan kepada rakan-rakan di kampus.

Ini sahajalah tugasan saya dan pasangan untuk minggu ini.
Sekian terima kasih .

    No comments:

    Post a Comment