Pertama sekali saya perlu berfikir ( THINK ) dengan membuat penyelidikan secara individu di semua laman web yang telah terdapat di dalam proforma.
Antara Educational Research yang perlu baca ialah :
- http://library.albany.edu/subject/tutorials/education/index.html
- http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Training/Training_Materials/Quality/Qu_Mod1.pdf
- http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/
- http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires.htm
Antara laman web untuk Literature Review ialah :
Selain itu, saya juga perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Plagiarism supaya kejadian ini tidak berlaku semasa proses menyiapkan tugasan. Antara laman web yang membolehkan saya untuk meneroka dengan lebih mendalam ialah :
Bahan rujukan yang telah disediakan ialah http://wwww.ukm.my/library/, http://www.ezslib.ukm.my/login, http://scholar.google.com.my/ dan http://books.google.com/. Saya dan pasangan kerja ( PAIR ) perlu memilih dua jurnal, satu artikel dan satu rujukan daripada buku.Jurnal Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education dan Web 2.0 and the impact of ICT fuelled participatory culture in rural and remote education (Spera keynote 2009 conference address) telah menjadi rujukan. Bagi artikel pula, What is Web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson manakala rujukan bagi buku pula ialah Educational research and innovation inspired by technology driven by pedagogy.Contoh rujukan dari artikel :
Ini merupakan sedikit perbincangan (SHARE) di facebook group.
Melalui perbincangan dan rujukan daripada sumber yang dipercayai, saya percaya bahawa masih ramai orang di luar sana tidak tahu akan lebih mendalam apa itu Web 2.0 dalam pendidikan. Mereka tidak didedahkan dengan sistem ini di institusi pendidikan. Antara puncanya ialah tenaga pengajar khususnya golongan pendidik tidak berminat untuk mengaplikasikan sistem ini di dalam proses pembelajaran. Dengan demikian pelajar juga tidak tahu akan fungsi sistem ini dalam pendidikan. Kawasan yang terpencil juga merupakan salah satu punca penyebaran maklumat mengenai web 2.0 ini tidak dapat disampaikan. Justeru itu, kerajaan perlulah bijak merancang strategi dalam mengaplikasikan sistem Web 2.0 dalam pendidikan di negara kita.
Seterusnya, ini merupakan laporan lengkap mengenai Web 2.0 dalam pendidikan dan langkah yang sepatutnya diambil di negara supaya sistem pendidikan dapat dipertingkatkan. Laporan ini ditulis dalam open office writer.
Laporan Web 2.0 dalam pendidikan.
oleh : Munirah Binti Sobri
PengenalanLaporan ini dibuat bertujuan untuk memberi sedikit pendapat mengenai web 2.0 dalam pendidikan berdasarkan kajian lepas dan dalam masa yang sama untuk mencadangkan perkara yang perlu di lakukan di Malaysia supaya sistem web 2.0 dalam pendidikan ini mendapat tempat di negara kita. Kemajuan teknologi berkembang seiring dengan arus pemodenan yang serba canggih kini. Tidak ketinggalan juga teknologi web. Walaupun web telah lama wujud namun web telah mengalami transformasi iaitu daripada Web 1.0 seterusya Web 2.0 dan baru-baru ini web 3.0 juga telah wujud. Web 2.0 ini menjadi terkenal semenjak O’Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia menerima pembaharuan teknologi ini secara terbuka khususnya dalam bidang pendidikan negara. Web 2.0 telah banyak diaplikasikan dalam pendidikan negara kita walaupun tidak secara meluas lagi dan hal ini telah memberi impak yang besar. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi apabila kita mengaplikasikan dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah web 2.0 ini dapat memudahkan kita memperolehi maklumat secara maya,bertukar pendapat dengan rakan-rakan, memudahkan aktiviti memuat turun nota kuliah,soalan tutorial, kuiz khususnya bagi pelajar di institusi pendidikan tinggi. Salah satu contoh ialah sistem SPIN yang digunakan di kampus UKM Bangi ini. Web 2.0 juga mempunyai kelebihan seperti Blog, Photo Sharing (flickr), Video Sharing (YouTube), Presentation Sharing (Slideshare.net), Social Networking (facebook, myspace, friendster, linkedIn, etc) dan lain-lain.Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan mendalami web 2.0 dalam pendidikan ini dengan mudah. Justeru itu, pelajar di Malaysia khususnya perlulah didedahkan dengan teknologi ini sejak di bangku sekolah lagi. Guru-guru yang mengajar perlulah menguasai teknologi ini sebelum mengajar. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengikuti perkembangan web 2.0. Seperkara lagi, golongn remaja terlalu didedahkan dengan laman sosial Facebook yang merupakan cetusan hebat bagi web 2.0 ini. Remaja tidak mengambil peluang itu sebagai salah satu bentuk komunikasi yang boleh melakukan perbincangan secara berkumpulan, bertukar pandangan dan lain-lain. Sebaliknya remaja hanya menggunakan Facebook hanya untuk bersosial tanpa memberi manfaaat dari segi pendidikan. Gejala ini perlu dibendung supaya ia tidak memudharatkan.
Kajian lepas
Melalui pencarian dan pembacaan di laman web http://www.ukm.my/library/, http://www.ezplib.ukm.my/login untuk rujukan jurnal manakala untuk artikel di http://scholar.google.com.my/ seterusnya rujukan buku di http://books.google.com/. Jurnal Developing a web 2.0-based system with user-authored content for community use and teacher education dan Web 2.0 and the impact of ICT fuelled participatory culture in rural and remote education (Spera keynote 2009 conference address) telah menjadi rujukan. Bagi artikel pula, What is Web 2.0 ? Ideas, technologies and implications for education by Paul Anderson manakala rujukan bagi buku pula ialah Educational research and innovation inspired by technology driven by pedagogy. Secara dasarnya, web 1.0 lebih bersifat statik dan berbentuk individu. Manakala web 2.0 lebih bersifat terbuka dan boleh diklafikasikan sebagai ruang untuk bersosial. Namun terdapat sedikit persamaan di mana pengguna boleh berkongsi maklumat dan idea. Inilah yang dikatakan oleh Sendal, Ceccucci dan Pesiak (2008) yang ditulis dia dalam jurnal. Aplikasi yang telah diperbaharui daripada web 1.0 ke web 2.0 ialah Personal websites vs Blog, Britannica online vs Wikipedia, Directories (taxonomy) vs Tagging (folksonomy). Ini merupakan idea asal daripada Lankshear dan Knobel, McLoughlin dan Lee (2008) bagi jurnal. Terdapat beberapa kesan yang telah dibincangkan di dalam jurnal, antara kesan teknologi web 2.0 dalam pendidikan yang agak ketara ialah pelajar di kawasan pendalaman tidak dapat mengikuti dan mendalami sistem ini. Hal ini disebabkan kawasan tempat tinggal yang terpencil. Akibat daripada itu ia mempengaruhi kehidupan dan prestasi akademik mereka. Menurut artikel pula, web 2.0 dalam pendidikan memberi kesan kepada hak cipta bahan maklumat di perpustakaan. Kebiasaanya, pelajar hanya melayari internet untuk mencari sebarang maklumat tidak kira dari sumber yang sah ataupun tidak tanpa pergi ke perpustakaan lagi. Sebagai contoh, Wiki digunakan di Universiti of Arizona’s Learning Technologies Center untuk memberi maklumat pembelajaran khususnya di kawasan pendalaman USA.
Namun begitu terdapat pelbagai cadangan yang telah diberikan di dalam sumber rujukan ini. Cadangan-cadangan ini boleh diguna pakai di Malaysia sekiranya ia bersesuaian dan menepati kehendak rakyat. Rujukan melalui jurnal, artikel dan buku mempunyai sedikit persamaan iaitu web 2.0 dalam pendidikan perlulah diselaraskan dengan kurikulum dan struktur organisasi di sekolah mahupun di institusi tinggi agar semua pihak memperoleh kebaikannya. Kurikulum di sekolah juga perlulah sentiasa bersifat fleksibel dan bersifat terbuka dalam menerima pembelajaran merangkumi formal ataupun tidak formal. Perkara yang agak penting ialah, guru-guru yang celik teknologi sangatlah diperlukan bagi menggantikan guru-guru lama yang kurang pengalaman dan kurang berminat dalam mengaplikasikan web 2.0 dalam proses pembelajaran mereka. Dengan demikian, pelajar akan bertambah minat terhadap perisian komputer apabila sering didedahkan dengan sistem ini semasa melakukan tugasan di sekolah. Golongan yang mahir juga perlulah mendedahkan kepentingan dan keperluan web 2.0 dalam pendidikan bagi mendokong usaha meluaskan penggunaan sistem ini dalam kehidupan harian sebagai seorang pelajar. Negara pula perlu mengambil inisiatif dalam menyebarkan maklumat kepada komuniti dengan mengadakan seminar ataupun hebahan melalui media massa.
Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, saya rasa cadangan-cadangan yang diketengahkan di dalam rujukan jurnal, artikel dan buku ini sangat berguna dalam usaha meningkat kegunaan web 2.0 dalam pendidikan di Malaysia. Sebelum pengguna khususnya golongan remaja mahir dalam mengaplikasikan sistem ini, mereka terlebih dahulu perlulah mengetahui asas untuk menggunakan komputer. Hal ini telah dapat dikenalpasti oleh kerajaan kita iaitu dengan memberi sumbangan laptop kepada para pelajar secara percuma dengan pemilihan berdasarkan kriteria tertentu. Perkara yang sama telah dibuktikan oleh Anderson,2009 apabila beliau telah mewujudkan One Laptop Per Child (OLPC) dengan bertujuan meningkatkan penggunaan ICT khususnya dalam bidang pendidikan kepada pelajar yang berada di kawasan pendalaman di negara membangun seperti di Loas. Saya berharap kejadian seperti ini juga dapat direalisasikan di Malaysia. Saya berpendapat jika keadaan sangat terdesak, guru juga patut diberikan sedikit taklimat dan kursus mengenai web 2.0 dalam pendidikan supaya mereka boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran tidak kira di alam maya. Mereka boleh menggunakan blog, Facebook sebagai salah satu cara menarik minat pelajar. Apabila pelajar sudah berminat, maka proses mengaplikasikan sistem web 2.0 dalam pendidikan akan menjadi lebih mudah dan seterusnya dapat menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan individu yang celik IT. Tambahan pula, kemudahan seperti memuat turun nota dan bahan pembelajaran perlulah diperluaskan dengan menggunakan web 2.0 ini. Dengan demikian, pelajar akan meneroka dengan sendirinya untuk mendapatkan kesemua bahan itu, secara tidak langsung mereka akan mengaplikasikan web 2.0 dalam pendidikan. Saya berharap cadangan yang di utarakan di kajian lepas dapat membantu negara dalam menerokai sistem web 2.0 dalam pendidikan ini dengan lebih mendalam lagi. Hal ini kerana kita sepatutnya mengikuti kemudahan teknologi yang sedia ada supaya memudahkan urusan seharian khususnya dalam menimba ilmu pengetahuan.
Sekian terima kasih.
Rujukan :
- http://web.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=4&hid=9&sid=e5c798e9-4ec0-44d0-8125-88c1c0d2f00a%40sessionmgr12
- http://web.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?vid=4&hid=9&sid=e5c798e9-4ec0-44d0-8125-88c1c0d2f00a%40sessionmgr12
- http://scholar.googleusercontent.com/scholar?q=cache:Popuex_M3MwJ:scholar.google.com/+web+2.0+in+education&hl=en&as_sdt=0,5
- http://books.google.com/books?id=Ay426TDjbmIC&pg=PA25&dq=web+2.0+in+education&hl=en&ei=cr-oTtidL8jirAfm39S7CQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=5&ved=0CE4Q6AEwBA#v=onepage&q=web%202.0%20in%20education&f=false


No comments:
Post a Comment