Assalamualaikum semua,
Minggu Pertama
Kursus Komputer dalam Pendidikan merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan. Kursus ini membawa sebanyak lima jam kredit sepanjang sessi pembelajaran. Tujuan kursus ini ditubuhkan adalah untuk mandedahkan mahasiswa dan mahasiswi khususnya bakal pendidik supaya celik dalam dunia teknologi seiring dengan arus pemodenan.
Saya memilih kelas S1K3 yang dikendalikan oleh course coordinator iaitu Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin iaitu pada setiap hari Khamis, jam 9am. Pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan hanya perlu mendaftar kelas di dalam SMP web dan juga di dalam satu borang yang telah disediakan oleh penyelaras.
Minggu Kedua
Pada tanggal 22 September 2011 merupakan kelas pertama. Saya didedahkan dengan proforma kursus yang bertindak sebagai panduan dalam menyelesaikan tugasan pada setiap minggu.
Pada hari pertama kelas, saya telah mendaftar
Yahoo Account, Google Account, Yahoo Group,
Facebook, Facebook Group dan Blog secara rasminya.
Tujuan mendaftar Yahoo Account dan Google Account ialah untuk menghantar email kepada rakan-rakan mahupun kepada pensyarah. Dengan itu, maklumat atau pesanan dapat disampaikan dengan cepat.
Yahoo Account
Cara-cara mendaftar
Yahoo Account ialah :
1. klik sign up
2. kemudian saya perlu mengisi semua butiran yang diperlukan :
3. Inilah
Yahoo Account rasmi saya
Google Account
Cara-cara mendaftar
Google Account ialah :
1. Klik ke Gmail
2. Kemudian, saya perlu klik di
Create An Account seperti di bawah ini.
3. Seperti mendaftar
Yahoo Account juga saya perlu mengisi butiran-butiran yang diperlukan.
4. Selepas selesai mendaftar, maka inilah
Gmail Account rasmi saya.
Facebook
Cara-cara mendaftar akaun facebook adalah dengan menggunakan Yahoo account ataupun Google account. Kemudian mengisi kesemua butiran yang diperlukan seperti nama penuh, tarikh lahir,katalaluan dan lain-lain. Setelah selesai klik 'SIGN UP' dan kemudian akaun Facebook secara rasminya diaktifkan. Saya telah menambah kenalan termasuk Course Coordinator dan rakan-rakan sekelas.URL ataupun link Facebook mestilah meletakkan nama penuh dan nombor matrik.
1.
2.
3. Inilah link untuk Facebook rasmi saya
Facebook Group
Setelah selesai mendaftar dan menambah kenalan di Facebook, saya telah Create Group dengan menggunakan nombor matrik dan nama penuh. Saya juga mengajak terutamnya Course Coordinator iaitu Dr. Siti Fatimah dan rakan-rakan yang lain supaya masuk ke dalam Group saya ini.Tujuannya adalah untuk memudahkan perbincangan bersama ahli Group yang lain dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Inilah
Facebook Group saya
Blog
Di akhir kelas saya telah mendaftar masuk ke laman blog.Tujuan mendaftar laman blog adalah untuk menceritakan perjalanan kursus ini. Pada setiap minggu saya perlu mengemaskini kesemua yang telah dipelajari secara terperinci. Ini dapat memudahkan saya untuk merujuk kembali apabila sudah terlupa.
Cara-cara mendaftar blog ialah :
1. Klik di
Get Started
2. Mengisi butiran yang diperlukan
3. Sign up dengan mengguna akaun
Yahoo atau
Gmail dan memasukkan katalaluan.
4. Menulis post di dalam blog
Setelah selesai mendaftar kesemua itu, saya juga meletakkan
Signature di dalam
Yahoo Account dan juga
Google Account. Tujuan
Signature dibuat adalah untuk memudahkan penerima email tahu akan megenai diri seseorang penghatar email itu.
Signature
Cara-cara meletakkan Signature ialah :
1. Klik di
Mail option
2. Klik di
Signature
3. Memasukkan data yang diperlukan ke dalam
Signature kita misalnya Nama, Latar belakang dan lain-lain.
4. Inilah
Signature saya
Yahoo Group
Tujuan menubuhkan Yahoo Group adalah bagi membolehkan pelajar dan pensyarah berkongsi tempat untuk menbuat perbincangan. Di situ juga, pensyarah boleh memantau tugasan yang diberikan kepada pelajar dengan mudah.
Sebelum mendaftar untuk Yahoo Group sendiri, saya telah mohon untuk menyertai Group Dr Siti Fatimah iaitu http://www.blogger.com/groups.yahoo.com/group/ge1155-2011 dan mengisi maklumat tentang diri seperti nombor matrik, nama, group dan program. Selepas saya diterima masuk ke dalam group, saya dikehendaki mengisi maklumat di Database iaitu di ruangan Student Information dan Pair and Triplet.
Inilah adalah Yahoo Group saya :